7 April - Tahniah kepada Biro Dakwah dan Tarbiah SDJ Al Ikhwan, Taman Bernam kerana telah berjaya menganjurkan Kursus Kesempurnaan Solat yang diadakan pada hari ini. Seramai 57 orang peserta telah terlibat dalam program yang bermula sekitar pukul 9.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 6.00 petang. Seramai dua orang penceramah iaitu Ustaz Rosli bin Mahmud dari Pusat Islam, UPSI dan Ustaz Mohamad Zulfiqar Shah bin Abdul Hadi dari Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI terlah terlibat. Mereka terlibat dalam tiga aspek kesempurnaan solat iaitu, Tahsin Qiraat, Tahsin Solat dan Fiqh Solat. Kursus ini ditutup secara rasmi oleh Ustaz Mohamad Zulfiqar Shah bin Abdul Hadi. Terima kasih ustaz.
Semoga kursus ini akan dapat membantu memperelokkan ibadah solat para peserta kursus. Semoga kursus-kursus sebegini akan terus diadakan dari masa ke masa.<Rakaman Foto Sila Klik Di Sini>
INFO SOLAT JUMAAT
KULIAH TAFAQQUH FIDDIN
Monday, 8 April 2013
KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT
4/08/2013 07:43:00 am
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment