21 Disember 2012 - Tercatat dalam sejarah Surau Al Ikhwan, Taman Bernam apabila pada hari ini surau ini telah dinaik taraf sebagai Surau Diri Jumaat dan dikenali sebagai SDJ Al Ikhwan, Taman Bernam. Majlis pemasyhuran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Syeikh Muhamad Nor bin Mansur Al Hafiz, AJK Fatwa Negeri Perak bagi pihak Majlis Fatwa Negeri Perak.
Majlis dimulakan dengan tazkirah Jumaat oleh Yg.Berbahagia Dato' Syeikh Muhamad Nor bin Mansur Al Hafiz, seterusnya majlis pemashuran dan khutbah Jumaat disampaikan oleh pegawai Istimbat Hukum, Majlis Agama Islam Negeri Perak.
Dianggarkan seramai 400 orang ahli qariah Jumaat SDJ Al Ikhwan turut serta dalam majlis tersebut. Semoga peristiwa besar yang berlaku pada hari ini akan menjadi titik tolak ke arah pembinaan Masjid Taman Bernam yang akan menampung keperluan jamaah Jumaat pada masa akan datang.<Foto>
0 comments:
Post a Comment