INFO SOLAT JUMAAT
* 26 APRIL 2013 * 15 JAMADIL AKHIR 1434 * KHATIB/IMAM : USTAZ MOHD ANAS BIN ALMOHSIN* BILAL : EN.MOHD ZAKI BIN MAT NOR *
Photobucket
KULIAH TAFAQQUH FIDDIN

SEJARAH SURAU

Surau Al-Ikhwan Taman Bernam, Tanjong Malim (SAITB) didirikan sekitar tahun 1986 oleh penduduk awal Taman Bernam.  Tertegaknya SAITB merupakan natijah inisiatif warga Taman Bernam untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah bagi menegakkan syiar Islam dalam kalangan warganya. Justru, dana dikumpul secara berperingkat-peringat untuk merealisasikan SAITB. SAITB dibina dalam kawasan tapak permainan kanak-kanak Taman Bernam yang terletak di antara Jalan Baung dan Jalan Bulan. Mengikut ceritanya, nama Al Ikhwan adalah cadangan daripada seorang penceramah terkenal dari Kampung Baharu, Kuala Lumpur iaitu Ustaz Yazid Jaafar.

Selepas beberapa tahun, sedikit demi sedikit kemudahan asas dibina untuk memenuhi keprluan para jamaah. Umpamanya, pembinaan tandas lelaki dan perempuan, tangki air serta bahagian dapur. Begitu juga dengan penambahan ruang serambi di bahagian kanan surau.

Mulai 21 Disember 2012 surau ini telah dinaik taraf sebagai Surau Diri Jumaat.

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan maklumat yang anda alami semasa menggunakan laman ini. Sekian terima kasih.